Posts

Roborock H6 Cordless Vacuum Paling Ringan

Image
Antara alat eletrik dalam rumah yang paling banyak guna mestilah vacuum. Setiap hari memang lebih 3 kali juga guna sebab sedut habuk biskut, habuk keropok dan yang paling sakit hati sekali semestinya rambut! Tak puashati betul guna penyapu. Dalam rumah biasanya penyapu itu cuma buat kejar lipas dan lalat je. Nak guna vacuum biasa malas nak tarik wayar, gulung wayar.  Dalam rumah memang setiap bilik ada karpet di lantai. Sebab memang dari dulu hobi kumpul karpet Ikea. Kebetulan baru tahu Roborock ada keluarkan satu  cordless vacuum paling ringan cuma berat 1.4kg dan daya sedutan dia terpaling kuat jika dibandingkan dengan vacuum lain. Akhirnya  Roborock H6 yang baru dilancarkan pada awal tahun 2020 ada depan mata. Tak sabar nak unboxing ! ROBOROCK H6 CORDLESS VACUUM Tangan abang yang dah tak sabar nak unboxing . Memang paling suka bab-bab pemasangan. Barang-barang Ikea pun dia pasangkan. Kalau tak suruh pun, memang dia yang akan offer diri sendiri nak minta pasang

Perigi Waqaf Pertubuhan Fitrah Ummah

Image
Semalam dan sebelumnya memang ada banyak benda perlu disiapkan. Lepas terpandang selonggok baju belum berlipat otak terus tak dapat ingat macam-macam benda penting lain. Memang paling malas nak melipat baju sejak budak-budak dalam rumah ni ada 24 jam tak boleh ke sekolah. Emak jadi malas nak melipat dengan tenang. Nak melipat baju selonggok kena tunggu mood rajin. Kalau melipat ketika mood tengah malas memang separuh jalan hasilnya nanti.  Awal pagi terima Whatsapp perigi wakaf di Kemboja pada 2 bulan lepas dah siap. Daddy wakafkan atas nama anak-anak kebetulan ada kenalan yang uruskan Waqaf Perigi Pertubuhan Fitrah Ummah.   Inilah perigi yang telah disiap dibina. Cara pembinaannya adalah menggunakan cara tradisional. Dimaklumkan bahawa cara memilih tapak perigi yang mempunyai sumber air bersih adalah dengan melihat ada asap yang keluar diwaktu pagi di tempat kawasan tersebut. Maka mereka akan mengorek kawasan tersebut sedalam 4-5 meter untuk mencari sumber air bawah tanah

Pendaftaran Aplikasi Mysejahtera-Check In Untuk Pemilik Premis Perniagaan

Image
Pemilik premis perniagaan digalakkan mendaftar nama dan alamat premis perniagaan bagi memudahkan pihak KKM memantau, mengesan dan mengekang penularan Covid-19. Daftar dulu, dan dapatkan QR Code. Print QR Code tersebut dan letak di depan pintu masuk premis/kedai bagi memudahkan pelanggan yang datang ke premis untuk scan, isi nama di form serta declare tahap kesihatan di apps Mysejahtera. Sekiranya anda ada premis/kedai bolehlah buat pendaftaran alamat perniagaan/premis dan print QR Code tersebut untuk pelanggan! Kakak nak kongsi cara daftar. Boleh rujuk gambar di bawah.  Satu fungsi tambahan dalam aplikasi Mysejahtera sedia ada di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis perniagaan untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia Fungsi MySejahtera Check-In: Membantu pendaftaran pelanggan di premis perniagaan secara automatik dan cepat Mengurangkan kesesakan pelanggan Mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya Norm

5 Langkah Bijak Menjimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah

Image
Penggunaan elektrik berlebihan menyumbang kepada masalah alam sekitar terbesar. Menjimatkan elektrik di rumah bukan sahaja dapat membantu mengurangkan keperluan tenaga seterusnya dapat mengekalkan bahan bakar fosil di Bumi, sekaligus dapat menjimatkan duit. Sebilangan besar elektrik yang digunakan diseluruh dunia dihasilkan dari bahan bakar fosil ; minyak, gas asli, dan arang batu. Bahan bakar elektrik yang dihasilkan dengan cara ini dijumpai di bawah permukaan tanah dan biasanya memerlukan penggerudian dan perlombongan untuk dikumpulkan. Proses pengekstrakan ini memberi kesan kepada persekitaran seperti kebocoran ke dalam air, letupan pelantar minyak, dan pelbagai pencemaran bahaya lain. Sedihnya, Bumi kita pun dah semakin tua. Inilah 5 cara yang kita semua boleh diamalkan untuk menjimatkan elektrik di rumah dengan mudah. 1) Tutupkan suis dan cabut plug Nampak macam remeh je, tetapi banyak orang tak sedar dan tahu bahawa meter elektrik sentiasa bergerak jika membiarkan kesemua

Elak Pembaziran Ini 10 Cara Menjimatkan Penggunaan Air Di Rumah

Image
Air merupakan keperluan asas kepada semua hidupan di muka Bumi ini. Bukan hanya manusia, haiwan dan tumbuhan juga memerlukan air untuk hidup. Manusia boleh hidup tanpa makanan tetapi tanpa air, manusia dianggarkan cuma boleh hidup kurang dari seminggu. Ada beberapa cara yang kita boleh praktikkan untuk menjimatkan penggunaan air disamping mengurangkan kos bil air untuk setiap isi rumah difasa pemulihan ekonomi kesan daripada COVID-19 ketika ini. Sebagai pengguna bijak, kita perlu segera bertindak. Bukan saja dapat menjimatkan air, tetapi menjimatkan duit. 1) Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi ataupun bercukur. 2) Gunakan pancuran air / shower semasa mandi dan tutup semula ketika sedang bersabun. 3) Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran dan baiki paip air rosak di rumah pada kadar yang segera. 4) Penuhkan muatan mesin basuh dalam setiap cucian. 5) Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam

Masak Singgang Menggunakan Tom Yum Paste Maepranom Brand

Image
Aroma tomyam memang menyelerakan. Hirup kuah tomyam panas-panas makan bersama nasi putih memang terangkat! Tak perasan boleh habis semangkuk dan boleh bertambah-tambah nasi. Menyediakan hidangan tomyam tersangatlah mudah dengan wujudnya pelbagai pilihan pes tomyam di pasaran. Langkah terakhir cuma perlu masukkan daun-daun sayuran dan campakkan ayam, daging ataupun seafood pilihan. Tom Yum Paste Maepranom Brand menjadi pilihan kakak. Paste lebih pekat dan kurang berminyak. Sebenarnya kakak guna pes ni bukan setakat buat tomyam, tetapi buat masakan singgang juga! Resepi Masak Singgang Tom Yum Paste Maepranom Brand Didihkan 3 cawan air dalam periuk Masuk hirisan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai Masuk 2 asam keping 2 sudu pes tomyam Maepranom Masuk sayuran / ayam / daging / ikan / seafood pilihan Perasakan. Siap! Maepranom Brand menjadi pilihan kerana pes yang lebih pekat, lebih halus dan kurang berminyak TIPS : Rahsia untuk mend

Manfaat Cuka Epal Organik Terhadap Kesihatan

Image
Cuka epal mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Pengambilan dalam kadar tertentu mampu memberi 1001 kebaikan terhadap kesihatan. Ia telah digunakan dan diamalkan sejak berzaman lagi.  Sehingga kini, manusia menggunakan cuka epal bukan dalam masakan saja, ia turut digunakan untuk tujuan pembersihan kotoran degil pada pakaian, pemutihan gigi dan lain-lain. Cuka epal sentiasa menjadi topik perbincangan dan spekulasi kerana mempunyai manfaat yang banyak terhadap kesihatan diantaranya dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah.  Antara manfaat lain cuka epal : Mampu membunuh bakteria Mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan Mengurangkan kolestrol dan risiko serangan jantung Merendahkan tekanan darah Mengandungi anti-oksida Melegakan alahan Sumber : SINI Cuka epal menjadi pilihan bagi sesetengah yang inginkan manfaat dan kebaikan secara alami kerana ia adalah organik dan bebas bahan kimia.  Kakak dah cuba cuka epal hari itu. Ada b