Roborock H6 Cordless Vacuum Paling Ringan

Antara alat eletrik dalam rumah yang paling banyak guna mestilah vacuum. Setiap hari memang lebih 3 kali juga guna sebab sedut habuk biskut, habuk keropok dan yang paling sakit hati sekali semestinya rambut! Tak puashati betul guna penyapu. Dalam rumah biasanya penyapu itu cuma buat kejar lipas dan lalat je. Nak guna vacuum biasa malas nak tarik wayar, gulung wayar. 

Dalam rumah memang setiap bilik ada karpet di lantai. Sebab memang dari dulu hobi kumpul karpet Ikea. Kebetulan baru tahu Roborock ada keluarkan satu cordless vacuum paling ringan cuma berat 1.4kg dan daya sedutan dia terpaling kuat jika dibandingkan dengan vacuum lain. Akhirnya Roborock H6 yang baru dilancarkan pada awal tahun 2020 ada depan mata. Tak sabar nak unboxing!


ROBOROCK H6 CORDLESS VACUUM


Tangan siapa tu yang dah tak sabar nak unboxing. Memang paling suka bab-bab pemasangan. Barang-barang Ikea pun dia pasangkan. Kalau tak suruh pun, memang dia yang akan offer diri sendiri nak minta pasang

Filter habuk ada kat bahagian bawah. Yang ini filter HEPA ada dibahagian atas

Suka gabungan warna Roborock. Tak terlalu berwarna-warni. Rekaan pun simple.

Ada OLED skrin senang nak pantau bila perlu cas nanti. Ada juga fungsi lock jadi nanti tangan tak perlu asyik tekan bila nak vacuum. Klik fungsi lock tu, dia auto vacuum je selagi kita tak klik unlock/off dia takkan berhenti.

Sebenarnya kalau ada duit lebih dan memang berhajat nak memudahkan kerja rumah hari-hari memang berbaloi melaburkan sikit duit untuk beli cordless vacuum, capai dan terus vacuum tak payah lepas ni nak tarik-tarik wayar cari ruang kosong nak plug in. Menjimatkan masa.



Tips Menjimatkan Penggunaan Elektrik

Penggunaan elektrik berlebihan menyumbang kepada masalah alam sekitar terbesar. Menjimatkan elektrik di rumah bukan sahaja dapat membantu mengurangkan keperluan tenaga seterusnya dapat mengekalkan bahan bakar fosil di Bumi, sekaligus dapat menjimatkan duit.

Sebilangan besar elektrik yang digunakan diseluruh dunia dihasilkan dari bahan bakar fosil ; minyak, gas asli, dan arang batu. Bahan bakar elektrik yang dihasilkan dengan cara ini dijumpai di bawah permukaan tanah dan biasanya memerlukan penggerudian dan perlombongan untuk dikumpulkan. Proses pengekstrakan ini memberi kesan kepada persekitaran seperti kebocoran ke dalam air, letupan pelantar minyak, dan pelbagai pencemaran bahaya lain. Sedihnya, Bumi kita pun dah semakin tua.

Inilah 5 cara yang kita semua boleh diamalkan untuk menjimatkan elektrik di rumah dengan mudah.

1) Tutupkan suis dan cabut plug

Nampak macam remeh je, tetapi banyak orang tak sedar dan tahu bahawa meter elektrik sentiasa bergerak jika membiarkan kesemua plug dalam rumah dalam keadaan on ketika tidak diperlukan. Contohnya, barang elektrik dalam rumah seperti TV, komputer dan permainan video. Semua menggunakan sejumlah kecil elektrik sementara menunggu penggunaan. Tutup suis tu. Membazir tau.

Tampal label custom sticker label pada plug memang memudahkan kerja dan mengelakkan selalu tersilap matikan suis


2) Penuhkan muatan mesin basuh / pengering

Mesin basuh dan pengering mungkin mempercepatkan kerja dan menjimatkan masa, tetapi ia tetap menggunakan banyak elektrik pada setiap penggunaan. Untuk menjimatkan tenaga sebanyak mungkin, kumpulkan cucian bersama (sebagai keluarga atau rakan sebilik) dan lakukan semuanya sekaligus. Ini akan mengurangkan berapa kali mesin basuh digunakan setiap hari/minggu. Ketika cuaca panas rajinkan diri untuk menjemur pakaian di bawah cahaya matahari. Gunakan pengering ketika betul-betul terdesak contohnya ketika musim hujan untuk keringkan baju.


Baca juga artikel : Menjimatkan Penggunaan Air


3) Laraskan penggunaan cahaya

Tutup mentol apabila tidak digunakan. Untuk hasil yang lebih baik menjimatkan elektrik di rumah, gunakan mentol dengan watt yang lebih tinggi, lagi tinggi watt bermakna lebih terang mentol tersebut berbanding dengan watt yang rendah dan kurangkan bilangan mentol di setiap bilik. Sebagai contoh, tutupkan 2-3 mentol 60 watt dengan memasang satu saja mentol 100 watt di dalam bilik. Pada waktu siang tutup semua lampu, buka tingkap atau ikat langsir dan tarik ke sisi untuk dapatkan lebih cahaya.

4) Matikan peti ais sejuk beku / freezer

Dinding bahagian dalam Freezer memang perlu dicairkan sekali-sekala, biasanya sebulan sekali apabila terdapat pengumpulan ais yang berlebihan di dindingnya. Menyebabkan sistemnya bekerja lebih keras dan mengakibatkan penggunaan lebih banyak tenaga. Buka pintu freezer luas-luas untuk cepatkan ais tanggal dari dinding.

5) Servis peralatan elektrik ikut jadual

Peralatan elektrik akan berfungsi dengan lebih berkesan dan menjimatkan elektrik jika dijaga. Contohnya, apabila filter aircond tersumbat, kita mungkin memilih untuk menurunkan suhu lebih rendah untuk rasa lebih sejuk. Dengan menukar dan membersihkan filter (bulanan, seperti yang disarankan), dapat memperoleh udara sejuk yang cukup. Sistem yang sama berlaku untuk mesin cuci pinggan mangkuk, mesin pengering dan peralatan lain termasuklah penapis udara / air purifier tu!



Tips Menjimatkan Penggunaan Air

Air merupakan keperluan asas kepada semua hidupan di muka Bumi ini. Bukan hanya manusia, haiwan dan tumbuhan juga memerlukan air untuk hidup. Manusia boleh hidup tanpa makanan tetapi tanpa air, manusia dianggarkan cuma boleh hidup kurang dari seminggu.


Ada beberapa cara yang kita boleh praktikkan untuk menjimatkan penggunaan air disamping mengurangkan kos bil air untuk setiap isi rumah difasa pemulihan ekonomi kesan daripada COVID-19 ketika ini. Sebagai pengguna bijak, kita perlu segera bertindak. Bukan saja dapat menjimatkan air, tetapi menjimatkan duit.
1) Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi ataupun bercukur.
2) Gunakan pancuran air / shower semasa mandi dan tutup semula ketika sedang bersabun.
3) Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran dan baiki paip air rosak di rumah pada kadar yang segera.
4) Penuhkan muatan mesin basuh dalam setiap cucian.

5) Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.

6) Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air menitis.

7) Letakkan cistern bag di dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman.

8) Gunakan baldi ketika membasuh kereta.

9) Siram tanaman pada awal pagi atau lewat petang. Ini akan mengurangkan penyejatan air dari tanah.

10) Elakkan menyiram halaman rumah menggunakan pancuran hos.
Semoga kita sama-sama dapat menjimatkan penggunaan air. Sentiasa mengingatkan setiap isi rumah termasuk anak-anak supaya tidak terlalu lama berada di bilik mandi dan tandas bagi mengelakkan penggunaan air yang berlebihan.


Gambar :  Amazine.co

Resepi Singgang Maepranom Brand

Aroma tomyam memang menyelerakan. Hirup kuah tomyam panas-panas makan bersama nasi putih memang terangkat! Tak perasan boleh habis semangkuk dan boleh bertambah-tambah nasi.

Menyediakan hidangan tomyam tersangatlah mudah dengan wujudnya pelbagai pilihan pes tomyam di pasaran. Langkah terakhir cuma perlu masukkan daun-daun sayuran dan campakkan ayam, daging ataupun seafood pilihan.

Tom Yum Paste Maepranom Brand menjadi pilihan kakak. Paste lebih pekat dan kurang berminyak. Sebenarnya kakak guna pes ni bukan setakat buat tomyam, tetapi buat masakan singgang juga!


Resepi Masak Singgang Tom Yum Paste Maepranom Brand
  1. Didihkan 3 cawan air dalam periuk
  2. Masuk hirisan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai
  3. Masuk 2 asam keping
  4. 2 sudu pes tomyam Maepranom
  5. Masuk sayuran / ayam / daging / ikan / seafood pilihan
  6. Perasakan. Siap!



Maepranom Brand menjadi pilihan kerana pes yang lebih pekat, lebih halus dan kurang berminyak




TIPS :

Rahsia untuk mendapatkan rasa tomyam yang real sedap dan tak bercelaru rasa ialah ayam / udang / seafood perlu dicelur/rebus dulu sebelum dimasukkan ke dalam tomyam. Rebus seketika diperiuk lain untuk hilangkan rasa strong bahan tersebut sehingga hilang rasa tomyam itu sendiri. Ini merupakan perkongsian daripada berpengalaman seseorang yang pernah bekerja restoran di Bangkok.



Manfaat Cuka Epal Organik Terhadap Kesihatan

Cuka epal mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Pengambilan dalam kadar tertentu mampu memberi 1001 kebaikan terhadap kesihatan. Ia telah digunakan dan diamalkan sejak berzaman lagi. 

Sehingga kini, manusia menggunakan cuka epal bukan dalam masakan saja, ia turut digunakan untuk tujuan pembersihan kotoran degil pada pakaian, pemutihan gigi dan lain-lain.

Cuka epal sentiasa menjadi topik perbincangan dan spekulasi kerana mempunyai manfaat yang banyak terhadap kesihatan diantaranya dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah. 

Antara manfaat lain cuka epal :
  • Mampu membunuh bakteria
  • Mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan
  • Mengurangkan kolestrol dan risiko serangan jantung
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengandungi anti-oksida
  • Melegakan alahan
Sumber : SINI


Cuka epal menjadi pilihan bagi sesetengah yang inginkan manfaat dan kebaikan secara alami kerana ia adalah organik dan bebas bahan kimia. 

Kakak dah cuba cuka epal hari itu. Ada banyak jenama cuka epal di pasaran. Kakak pilih Simply Natural Organic Apple Cider Vinegar. Tak salah cuba sebab sejak umur makin meningkat, alahan makin menjadi-jadi. 1 sudu teh + secawan air. 1 rumah bau cuka epal lepas itu semua orang tegur “bau apa ni masam!” 

ORGANIC APPLE CIDER VINEGAR
SIMPLY NATURAL



Rasa dia memang masam. Masam yang terpaling masam sekali. Oh patutlah ada perumpamaan yang berbunyi “masam macam cuka”




Simply Natural banyak keluarkan produk organik. Ada madu, mi, kekacang, herba dan bermacam lagi. Boleh tengok di Zenxin.com.my


Makanan Minda Berasaskan Makanan Sunnah Dan Moden Kids Oxy Boost

Dah lama cari suplemen untuk Daniel. Daniel genap berumur 5 tahun pada September 2020. Daddy terjumpa & terbaca tentang Kids Oxy Boost dekat Whatsapp Story dan sekarang dah masuk botol kedua. Daniel suka sebab perisa coklat. Bau coklat. Siapa je yang tak suka coklat.



KIDS OXY BOOST


Ia adalah sejenis produk minda yang berasaskan makanan sunnah dan moden. Ia dihasilkan dalam bentuk tablet bagi memudahkan pengambilan khasnya untuk kanak-kanak dan remaja. 


Bahan kandungan organik 100%
Produk Muslim
Halal
Ada kelulusan KKM


Botol kedua, nampak perubahan Daniel lebih lena tidur, tak kerap bangun tengah-tengah malam sebab mengigau. Dah berani cuba dan makan makanan yang sebelum ini dia langsung tak suka makan berat badan sebelum ini 12kg, bila masuk botol kedua berat badan bertambah dah jadi 15kg. Lain-lain perkembangan, nanti mommy kongsi sini lagi.

Review Instax Mini LiPlay Fujifilm

Polaroid terkenal suatu masa dahulu. Polaroid terdapat dalam pelbagai saiz. Antara salah satu yang paling disukai ramai adalah yang bersaiz mini. 

Sekarang dah ada mesin polaroid lengkap mempunyai skrin. Maka tak akan ada kerisauan jika gambar yang keluar tak menepati kehendak. Boleh tengok dulu gambar di skrin dan buat keputusan sama ada nak print out atau simpan saja dalam micro SD card (perlu beli sendiri). Senang! Kalau rasa nak print out, baru tekan print. Fujifilm ada mengeluarkan satu kamera polaroid yang agak menepati ciri-ciri seperti yang dinyatakan. Model Instax Mini LiPlay sejenis Instant Hybrid Camera


FUJIFILM INSTAX MINI LIPLAY



Ada fungsi rakam suara. Cuma perlu klik butang microphone di depan. Gambar polaroid yang keluar nanti juga akan disertai QR Code untuk dengar semula rakaman suara tersebut.


Ada fungsi direct print. Install apps mini LiPlay boleh terus print gambar-gambar dari smartphone 


Bentuk empat segi, antara kamera polaroid yang paling senang pegang dan selesa ditangan. Tak terlalu berat.


LCD skrin dibahagian belakang