Sehingga kini, manusia menggunakan cuka epal bukan dalam masakan saja, ia turut digunakan untuk tujuan pembersihan kotoran degil pada pakaian, pemutihan gigi dan lain-lain.
Cuka epal sentiasa menjadi topik perbincangan dan spekulasi kerana mempunyai manfaat yang banyak terhadap kesihatan diantaranya dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah.
Antara manfaat lain cuka epal :
- Mampu membunuh bakteria
- Mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan
- Mengurangkan kolestrol dan risiko serangan jantung
- Merendahkan tekanan darah
- Mengandungi anti-oksida
- Melegakan alahan
Sumber : SINI
Cuka epal menjadi pilihan bagi sesetengah yang inginkan manfaat dan kebaikan secara alami kerana ia adalah organik dan bebas bahan kimia.
Kakak dah cuba cuka epal hari itu. Ada banyak jenama cuka epal di pasaran. Kakak pilih Simply Natural Organic Apple Cider Vinegar. Tak salah cuba sebab sejak umur makin meningkat, alahan makin menjadi-jadi. 1 sudu teh + secawan air. 1 rumah bau cuka epal lepas itu semua orang tegur “bau apa ni masam!”
ORGANIC APPLE CIDER VINEGAR
SIMPLY NATURAL
Rasa dia memang masam. Masam yang terpaling masam sekali. Oh patutlah ada perumpamaan yang berbunyi “masam macam cuka”
Simply Natural banyak keluarkan produk organik. Ada madu, mi, kekacang, herba dan bermacam lagi. Boleh tengok di Zenxin.com.my