Posts

Showing posts with the label Tips

Sentiasa Guna Softener Untuk Mood Yang Lebih Baik

Image
Sebulan kebelakangan ini setiap hari hujan, macam biasa masalah setiap kali musim hujan ialah baju yang lambat kering dan kadang-kadang 2 hari pun masih tak kering lagi.  Baju yang lambat kering akan meninggalkan bau busuk dan hapak. Bau yang sangat tak menyenangkan dan semua orang dalam rumah tak suka!  Ada pelbagai pilihan pewangi pakaian di pasaran dan yang menjadi pilihan terkini mestilah TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner sebab botolnya yang cantik. Kemunculan TOP Plush telah mencipta kategori baru dari kategori penjagaan dobi perapi kain di Malaysia ini. TOP Plush Ultra Concentrate Fabric Conditioner menggunakan teknologi pelembap FibreTech dan Scent Micropod yang hebat dari Jepun yang dapat menjadikan kain yang dicuci lebih lembut dan wangi sehingga 100 hari dan dapat mengurangkan kedutan pada pakaian, senang nak iron baju jimat masa berbanding kalau tak letak softener!  Spring Blush, Glamourous Magnolia, Morning Breeze, Scarlet Passion dan lagi sa

Cara Menjimatkan Sabun Cuci Pinggan Jenis Pes

Image
Sabun cuci pinggan sebulan guna sampai 2 bekas. Dulu sebelum PKP rasanya sebekas boleh tahan sebulan. Suka guna sabun cuci pinggan bekas kecil 400g. Sabun basuh pinggan dari dulu lagi memang suka guna Topvalu Dishwashing Paste . Sebab pes dia jenis lembut dan tak keras berketul macam batu sampai susah nak calit pada span. Rupanya ada cara untuk jimatkannya. Dah cuba buat dan guna cara ini sejak sebulan yang lalu. Memang jimat! Awal pagi tadi buat lagi sekali untuk dikongsikan di blog ini. Senang betul diy tak sampai 5 minit dah siap.  Cuma perlukan gunting & pemutar skru. Kalau tak ada pemutar skru pun tak apa boleh guna alat lain contohnya dawai atau paku Potong guna gunting bahagian tepi border penutup sabun cuci pinggan tersebut Hasilnya akan jadi seperti ini, ok dah boleh buang sebab bahagian tepi tidak diperlukan. Panaskan pada api hujung pemutar skru, sepanas yang boleh Cucuk hujung pemutar skru yang telah dipanaskan ke penutup yang telah digunt

5 Langkah Bijak Menjimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah

Image
Penggunaan elektrik berlebihan menyumbang kepada masalah alam sekitar terbesar. Menjimatkan elektrik di rumah bukan sahaja dapat membantu mengurangkan keperluan tenaga seterusnya dapat mengekalkan bahan bakar fosil di Bumi, sekaligus dapat menjimatkan duit. Sebilangan besar elektrik yang digunakan diseluruh dunia dihasilkan dari bahan bakar fosil ; minyak, gas asli, dan arang batu. Bahan bakar elektrik yang dihasilkan dengan cara ini dijumpai di bawah permukaan tanah dan biasanya memerlukan penggerudian dan perlombongan untuk dikumpulkan. Proses pengekstrakan ini memberi kesan kepada persekitaran seperti kebocoran ke dalam air, letupan pelantar minyak, dan pelbagai pencemaran bahaya lain. Sedihnya, Bumi kita pun dah semakin tua. Inilah 5 cara yang kita semua boleh diamalkan untuk menjimatkan elektrik di rumah dengan mudah. 1) Tutupkan suis dan cabut plug Nampak macam remeh je, tetapi banyak orang tak sedar dan tahu bahawa meter elektrik sentiasa bergerak jika membiarkan kesemua

Elak Pembaziran Ini 10 Cara Menjimatkan Penggunaan Air Di Rumah

Image
Air merupakan keperluan asas kepada semua hidupan di muka Bumi ini. Bukan hanya manusia, haiwan dan tumbuhan juga memerlukan air untuk hidup. Manusia boleh hidup tanpa makanan tetapi tanpa air, manusia dianggarkan cuma boleh hidup kurang dari seminggu. Ada beberapa cara yang kita boleh praktikkan untuk menjimatkan penggunaan air disamping mengurangkan kos bil air untuk setiap isi rumah difasa pemulihan ekonomi kesan daripada COVID-19 ketika ini. Sebagai pengguna bijak, kita perlu segera bertindak. Bukan saja dapat menjimatkan air, tetapi menjimatkan duit. 1) Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi ataupun bercukur. 2) Gunakan pancuran air / shower semasa mandi dan tutup semula ketika sedang bersabun. 3) Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran dan baiki paip air rosak di rumah pada kadar yang segera. 4) Penuhkan muatan mesin basuh dalam setiap cucian. 5) Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam

Masak Singgang Menggunakan Tom Yum Paste Maepranom Brand

Image
Aroma tomyam memang menyelerakan. Hirup kuah tomyam panas-panas makan bersama nasi putih memang terangkat! Tak perasan boleh habis semangkuk dan boleh bertambah-tambah nasi. Menyediakan hidangan tomyam tersangatlah mudah dengan wujudnya pelbagai pilihan pes tomyam di pasaran. Langkah terakhir cuma perlu masukkan daun-daun sayuran dan campakkan ayam, daging ataupun seafood pilihan. Tom Yum Paste Maepranom Brand menjadi pilihan kakak. Paste lebih pekat dan kurang berminyak. Sebenarnya kakak guna pes ni bukan setakat buat tomyam, tetapi buat masakan singgang juga! Resepi Masak Singgang Tom Yum Paste Maepranom Brand Didihkan 3 cawan air dalam periuk Masuk hirisan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai Masuk 2 asam keping 2 sudu pes tomyam Maepranom Masuk sayuran / ayam / daging / ikan / seafood pilihan Perasakan. Siap! Maepranom Brand menjadi pilihan kerana pes yang lebih pekat, lebih halus dan kurang berminyak TIPS : Rahsia untuk mend