Posts

Showing posts with the label Tanaman

Tanam Pokok Nanas Dari Mahkotanya

Image
Awal pagi dah pegang cangkul dan sarung tangan. Kebetulan malam tadi sampai ke pagi hujan turun dan terkenangkan tanah melembut dan senang kerja-kerja mencangkul nanti. Lama dah berhajat nak pindahkan pokok nanas dari pasu ke tanah.  Ada satu uncle rajin bagi buah-buahan yang dia tanam. Selalu bagi buah nanas dan belimbing. Kebetulan setiap nanas yang uncle bagi masih ada crown lagi.  Tips : Crown yang dipotong dari buah, rendam dalam cawan plastik Ikea. Letak 1/3 air dan dibiarkan selama 2-3 minggu akan muncul akar-akar seperti ini di bawahnya. Ini pokok yang dah besar, tanam pada pertengahan 2019 dan hasil dari crown juga. Nampak kurus sangat mungkin kurang baja dan pasu sempit.  Hmm. Malu kat cacing, korek macam ni. Dah lama betul tak pegang cangkul, rasa berat semacam. Dah tu banyak pula nyamuk ikut. Hiduplah dengan bangga. Jangan, malu-malu ye Tak tahu jarak antara satu sama lain ok ke tidak. Takpelah kita cuba dulu. Agak-ag