Posts

Showing posts with the label Resepi

Resepi Rendang Mommy

Mudah, ringkas dan sedap. Resepi untuk rujukan setahun sekali. Simpan di sini untuk dikongsi. Satukan semua dalam kuali : 2kg daging batang pinang 2kg santan (1 1/2 kg) 1 sudu besar ketumbar & jintan (blend) 1 senduk besar cili kisar instant Kerisik 2 sudu besar Bahan kisar: 10 biji Bawang merah 5 biji bawang putih 4 hiris lengkuas 1 biji kunyit sebesar ibu jari 2 hiris halia sebesar ibu jari Campur bahan kisar ke dalam daging, masuk santan, ketumbar dan jintan.  Rendang hampir 80% kering masukkan daun-daun di bawah serta perasakan masam dan manisnya biar seimbang : Daun limau purut 5 helai Daun kunyit 2 helai (hiris) Garam Asam jawa Kiub ayam

Resepi Kuih Bom

Image
Bahan A :  1 2/3 cawan air panas 2 sdb gula 1 sk garam Bahan B : 1 cawan Tepung beras 3 cawan Tepung pulut Caranya : Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B Tips goreng elak meletup :  Masukkan kuih dalam kuali yang ada minyak kemudian baru hidupkan api.

Masak Singgang Menggunakan Tom Yum Paste Maepranom Brand

Image
Aroma tomyam memang menyelerakan. Hirup kuah tomyam panas-panas makan bersama nasi putih memang terangkat! Tak perasan boleh habis semangkuk dan boleh bertambah-tambah nasi. Menyediakan hidangan tomyam tersangatlah mudah dengan wujudnya pelbagai pilihan pes tomyam di pasaran. Langkah terakhir cuma perlu masukkan daun-daun sayuran dan campakkan ayam, daging ataupun seafood pilihan. Tom Yum Paste Maepranom Brand menjadi pilihan kakak. Paste lebih pekat dan kurang berminyak. Sebenarnya kakak guna pes ni bukan setakat buat tomyam, tetapi buat masakan singgang juga! Resepi Masak Singgang Tom Yum Paste Maepranom Brand Didihkan 3 cawan air dalam periuk Masuk hirisan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai Masuk 2 asam keping 2 sudu pes tomyam Maepranom Masuk sayuran / ayam / daging / ikan / seafood pilihan Perasakan. Siap! Maepranom Brand menjadi pilihan kerana pes yang lebih pekat, lebih halus dan kurang berminyak TIPS : Rahsia untuk mend