Posts

Showing posts with the label Personal

Kembali Ke Tadika Dan Sambung Drama Airmata

Image
Kembali bersiaran. Panjang kisahnya diringkaskan. Daniel Zareef berumur 5 tahun pada 2020. Bersekolah di sebuah tadika swasta. Tadika yang sama si abang pernah belajar pada 3 tahun lepas. Jadi Daniel Zareef sangat terkenal di tadika sebab adik kepada bekas anak murid cikgu-cikgu di situ dan terkenal sebab pernah tidur masa cikgu sedang mengajar. Sebelum PKP bermula memang setiap hari berdrama airmata nak ke tadika. Beberapa hari lepas, pihak sekolah telefon mommy sama ada akan hantar Daniel Zareef semula ke tadika atau tidak? Maka Mommy dah setuju dengan tidak akan hantar dia ke tadika. Sebab si abang pun belum lagi kembali ke sekolah. Memang dalam hati dah niat kalau abang tak naik sekolah lagi, adik pun tak akan pergi sekolah. Confirm drama akan lagi teruk bila setiap hari dia akan pertikaikan kenapa abang tak sekolah, dia pula kena pergi sekolah. Ok lahhh berhenti tadika. Mommy tak kisah pun. Daddy pun ok je kalau tahun depan baru mula semula ke tadika. Buku-buku untuk