Sabun cuci pinggan sebulan guna sampai 2 bekas. Dulu sebelum PKP rasanya sebekas boleh tahan sebulan. Suka guna sabun cuci pinggan bekas kecil 400g. Sabun basuh pinggan dari dulu lagi memang suka guna Topvalu Dishwashing Paste. Sebab pes dia jenis lembut dan tak keras berketul macam batu sampai susah nak calit pada span. Rupanya ada cara untuk jimatkannya. Dah cuba buat dan guna cara ini sejak sebulan yang lalu. Memang jimat! Awal pagi tadi buat lagi sekali untuk dikongsikan di blog ini. Senang betul diy tak sampai 5 minit dah siap.

Cuma perlukan gunting & pemutar skru. Kalau tak ada pemutar skru pun tak apa boleh guna alat lain contohnya dawai atau paku
Hasilnya akan jadi seperti ini, ok dah boleh buang sebab bahagian tepi tidak diperlukan.
Panaskan pada api hujung pemutar skru, sepanas yang boleh
Cucuk hujung pemutar skru yang telah dipanaskan ke penutup yang telah digunting tadi. Ulang langkah sebelumnya untuk dapatkan lubang yang cantik tersusun
Siap lubang tersebut, letak dipermukaan atas pes sabun pencuci pinggan dan boleh guna macam biasa
Tujuannya bila span dicalit nanti, sabun tak melekat banyak pada span. Sabun juga akan turun sekata cantik sampai ke bawah. Ah! seronoknya jadi suri rumah. Ish dari dulu memang tak pandai guna sabun cuci pinggan jenis cecair, tapi rasa macam leceh bila setiap kali nak cuci pinggan perlu di semprot-semprot cecair itu. Jenis cecair biasanya pakai untuk rendam permukaan periuk nasi dan kuali. Tapi ada juga terbaca orang yang mempertikaikan guna sabun cuci pinggan jenis pes menggelikan sebab ulang-ulang calit dengan span. Tapi semuanya terpulang pada citarasa masing-masing dan yang paling penting ialah mengamalkan kebersihan.
Tips kebersihan :
- Cuci permukaan atas pes setiap kali lepas basuh pinggan
- Sentiasa perah span selepas tidak digunakan
- Jangan biarkan air bertakung di permukaan pes