Resepi Rendang Mommy

Mudah, ringkas dan sedap. Resepi untuk rujukan setahun sekali. Simpan di sini untuk dikongsi.

Satukan semua dalam kuali :

2kg daging batang pinang
2kg santan (1 1/2 kg)
1 sudu besar ketumbar & jintan (blend)
1 senduk besar cili kisar instant
Kerisik 2 sudu besar

Bahan kisar:

10 biji Bawang merah
5 biji bawang putih
4 hiris lengkuas
1 biji kunyit sebesar ibu jari
2 hiris halia sebesar ibu jari

Campur bahan kisar ke dalam daging, masuk santan, ketumbar dan jintan. Rendang hampir 80% kering masukkan daun-daun di bawah serta perasakan masam dan manisnya biar seimbang :

Daun limau purut 5 helai
Daun kunyit 2 helai (hiris)
Garam
Asam jawa
Kiub ayam

Comments

Post a Comment