Motor RXZ Tersadai Reput Berubah Wajah

Bukanlah peminat mana-mana motor dan kali terakhir bawa motor rasanya 15 tahun yang lepas. Walaupun di rumah ini motor laki aku bersilih ganti. Tapi haram sebiji pun aku tak pernah cuba bawa sebabnya takut. Motor terakhirnya adalah ysuku biru buat ulang-alik kerja Singapore 3 tahun lepas. Motor itu pun dah lama jual.

Penghujung 2019 adik bagitahu tentang hajat ingin menjual RXZ kesayangannya. Kondisi dah tersadai lama sebab sejak motor itu tak hidup berkurun lama memang dia tak hantar pun repair kebetulan rosak ngam-ngam dia nak kahwin masa itu.. Jadi motor terbiar berpanas dan berhujan begitu saja. Jadi dia suruh aku buka harga. Aku bukalah harga, ada ke patut dia marah cakap “mahal sangat”. Patutnya aku yang cakap macam tu. Eh terbalik hagagaga. Oklah, sebab aku kakak yang baik.. oklah bagi dia sendiri buka harga.






Setelah dia buka harga, dia pun setuju maka bermulanya proses mengangkut motor tersebut dari Muar bawa balik JB untuk proses repair & restore. Berbulan juga tangguh bawa balik sebabnya belum betul-betul jumpa pihak yang betul-betul pakar untuk transform RXZ ini. Setelah laki aku kaji, bincang dan puashati dengan hasil kerja pihak yang akan restore motor ini, barulah proses seterusnya akan dilaksanakan. Kenalah cerewet sikit bab pilih siapa yang akan buat motor ini sebab kos yang akan dilaburkan untuk proses repair & restore memang banyak sangat-sangat. Sebab tak nak ada rasa tertipu dan menyesal kemudian hari. Duit dah labur tapi motor tak hidup laa, barang tak ada laaa. No, no, no. 






Ready bawa balik JB


 Tak sangka motor yang hampir reput lepas di restore memang mengagumkan hasilnya. Laki aku kata dah boleh pergi ride santai Kari Kambing 40 Hari

WAKLUU.
BANYAKKK CANTIK.









Comments

  1. Tak pernah lagi bawa motor dan dah lama dah tak naik motor. Rasanya mcm takut dah kot nak naik motor, hahaha.

    And yes memang cun makeovernya

    ReplyDelete
  2. laki i duk gilerkan moto RXZ sekarang. Dulu masa zaman studi dia guna moto RXZ abang dia. Dah kawen ni beli moto LC, Moto RXZ sekarang jadi barang panas, harga mahal ye..

    ReplyDelete

Post a comment