Kembali Ke Tadika Dan Sambung Drama Airmata

Kembali bersiaran.


Panjang kisahnya diringkaskan. Daniel Zareef berumur 5 tahun pada 2020. Bersekolah di sebuah tadika swasta. Tadika yang sama si abang pernah belajar pada 3 tahun lepas. Jadi Daniel Zareef sangat terkenal di tadika sebab adik kepada bekas anak murid cikgu-cikgu di situ dan terkenal sebab pernah tidur masa cikgu sedang mengajar.

Sebelum PKP bermula memang setiap hari berdrama airmata nak ke tadika. Beberapa hari lepas, pihak sekolah telefon mommy sama ada akan hantar Daniel Zareef semula ke tadika atau tidak? Maka Mommy dah setuju dengan tidak akan hantar dia ke tadika. Sebab si abang pun belum lagi kembali ke sekolah. Memang dalam hati dah niat kalau abang tak naik sekolah lagi, adik pun tak akan pergi sekolah. Confirm drama akan lagi teruk bila setiap hari dia akan pertikaikan kenapa abang tak sekolah, dia pula kena pergi sekolah. Ok lahhh berhenti tadika. Mommy tak kisah pun. Daddy pun ok je kalau tahun depan baru mula semula ke tadika.


Buku-buku untuk semester kedua Daniel Zareef pun dah collect bawa balik. Jadi pada 1 Julai, Daniel Zareef tak ke sekolah. Kiranya memang dah confirm nak berhenti tadika. Mommy cuma perlu hantar surat permohonan berhenti melalui email untuk tujuan berhenti sekolah tersebut.

Tiba-tiba hidup berubah sekelip mata, petang semalam pada 1 Julai diumumkan pula tarikh murid sekolah rendah akan kembali ke sekolah. Nasib baik emak kau belum hantar email. Emak punyalah jangka budak sekolah rendah kembali ke sekolah tahun 2021. Hahahaha.



Dua-dua suka pasang Lego. Bayangkan kalau masing-masing cari parts yang tak jumpa lepas tu pergi tonggengkan semua 3 tong bakul Lego. Pengsan nak mengutip hoi





Jadi pada hari ini, 2 Julai si adik kembali ke sekolah macam biasa. Nasib baik masa drop off dia tadi dia tak buat drama sebabnya pagi ini satu rumah hantar dia ke tadika. Tak pernah-pernah. Biasanya daddy yang hantar seorang. Dia bye-bye pun tadi tak pandang muka kiterang semua.

hmm,

Harapan palsu betul, last-last semua kembali ke sekolah. Padan muka semua.

Semoga anak-anak kita semua yang kembali ke tadika /sekolah di dalam lindungan Allah SWT.

Aaminn YRA.



Comments

  1. Kelakar kan? Pening2 kita ni plan itu ini, tiba2 berubah habis. Marilah iron baju sekolah anak kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak iron sederet baju. Harapnya baju sekolah masing² muat lagi la sebab nampak gaya berat badan semua bertambah sejak pkp *tepuk dahi*

      Delete
  2. lama sangat dah cuti, sekli umum sekolah mak2 semua risau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masih tak ready lagi sebenarnya. Harap sekolah memang ikut SOP betul-betul.

      Delete

Post a comment