Tanam Pokok Nanas Dari Mahkotanya

Awal pagi dah pegang cangkul dan sarung tangan. Kebetulan malam tadi sampai ke pagi hujan turun dan terkenangkan tanah melembut dan senang kerja-kerja mencangkul nanti. Lama dah berhajat nak pindahkan pokok nanas dari pasu ke tanah. 

Ada satu uncle rajin bagi buah-buahan yang dia tanam. Selalu bagi buah nanas dan belimbing. Kebetulan setiap nanas yang uncle bagi masih ada crown lagi. 


Tips : Crown yang dipotong dari buah, rendam dalam cawan plastik Ikea. Letak 1/3 air dan dibiarkan selama 2-3 minggu akan muncul akar-akar seperti ini di bawahnya.


Ini pokok yang dah besar, tanam pada pertengahan 2019 dan hasil dari crown juga. Nampak kurus sangat mungkin kurang baja dan pasu sempit. 


Hmm. Malu kat cacing, korek macam ni. Dah lama betul tak pegang cangkul, rasa berat semacam. Dah tu banyak pula nyamuk ikut.



Hiduplah dengan bangga. Jangan, malu-malu ye



Tak tahu jarak antara satu sama lain ok ke tidak. Takpelah kita cuba dulu. Agak-agak mati, kita tanam yang lain. Kalau mati lagi.. kita beli nanas dekat pasar. Hmm


Buah nanas buah yang terpaling suka selain buah tembikai merah. Buah nanas memang banyak khasiat. Buah tropika yang kaya dengan enzim dan nutrien penting. Dikaitkan dengan beberapa manfaat, termasuk penurunan berat badan, pencernaan yang lebih baik, dan rawatan untuk keradangan. Tanam nanas tak perlu disiram selalu. Pokok yang senang dijaga dan tak manja.


Comments

  1. Air nenas dengan air tembikai, paling padu masa bulan puasa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tiba-tiba terliur laa dengar air tembikai! Hm Lama tak minum

      Delete
  2. Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  3. wahh nanas tu..sedap, shida suka buah nanas lagi2 air dia..
    dpt sejuk2 time panas2 nih lega tekak ^_^
    shida siap follow blog Ailee ;)

    ReplyDelete
  4. Wah macam best je ....da tumbuh lah ....

    ReplyDelete
  5. salam ailee
    jemput join segmen shida ya :)

    http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html

    ReplyDelete
  6. nenas pon ada penjarakkan sosial, hehe. Teringat dulu mak saya pon ada tanam nenas dekat tanah. Macam best pulak kalau buat lagi. Terima kasih sebab ajar ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha eh betul jugak penjarakan sosial ya hehehe

      Delete
  7. rumah spongebob laa!! hehe gurau je. izzati suka sangat makan nanas apatah lagi jus dia. btw, done follow your blog!! <3

    ReplyDelete
  8. wahhhh terbaik...info nie.mak mertua ada bagi nenas madu and mahkota utuk di tanam,semoga mejdi lah yer.
    jom follow niza pula. https://nizaabdrani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a comment