TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner

Sebulan kebelakangan ini setiap hari hujan, macam biasa masalah setiap kali musim hujan ialah baju yang lambat kering dan kadang-kadang 2 hari pun masih tak kering lagi. Baju yang lambat kering akan meninggalkan bau busuk dan hapak. Bau yang sangat tak menyenangkan dan semua orang dalam rumah tak suka! 

Ada pelbagai pilihan pewangi pakaian di pasaran dan yang menjadi pilihan terkini mestilah TOP Plush Ultra Concentrated Fabric Conditioner sebab botolnya yang cantik.


Kemunculan TOP Plush telah mencipta kategori baru dari kategori penjagaan dobi perapi kain di Malaysia ini. TOP Plush Ultra Concentrate Fabric Conditioner menggunakan teknologi pelembap FibreTech dan Scent Micropod yang hebat dari Jepun yang dapat menjadikan kain yang dicuci lebih lembut dan wangi sehingga 100 hari dan dapat mengurangkan kedutan pada pakaian, senang nak iron baju jimat masa berbanding kalau tak letak softener! 


Spring Blush, Glamourous Magnolia, Morning Breeze, Scarlet Passion dan lagi satu yang selalu kehabisan stok semestinya Soothing Care (untuk baby)


Kadang-kadang sengaja ikut suka hati sendiri dengan mencampurkan mana-mana softener atas ni untuk cipta bau sendiri. Campurkan Spring Blush bersama Scarlet Passion, Morning Breeze bersama Glamourous Magnolia. Tak salah pun asalkan wangi!

TOP Plush diformulasikan dengan teknologi cucian canggih dari Lion Corporation, Jepun. Ia adalah 3 kali lebih pekat daripada pelembut kain biasa. Saiz botol 750gm boleh bertahan hingga 50 basuhan manakala pek isi semula 600gm boleh bertahan hingga 40 basuh. Formula yang sangat pekat menghasilkan botol ringkas yang ringan, senang dibawa dan disimpan.




Wangian tidak boleh dipandang remeh, kerana ia mempunyai kekuatan untuk membina keyakinan dan meningkatkan mood. Sebenarnya aroma berbau segar dapat memberi kesan positif kepada kehidupan seharian. Suka basuh baju letak softener asing berbanding guna pencuci baju yang dah siap ada kandungan softener, sebab kalau letak asing bau wangi itu lebih tahan lama.

Tips : Bagi mengekalkan bau supaya tahan lama, seeloknya tuang cecair ikut tempat masing-masing dalam mesin basuh.  Mesin basuh biasanya ada 2 ruang 1 untuk detergent dan lagi satu untuk softener. 



3 comments: