Roborock H6 Cordless Vacuum Paling Ringan

Antara alat eletrik dalam rumah yang paling banyak guna mestilah vacuum. Setiap hari memang lebih 3 kali juga guna sebab sedut habuk biskut, habuk keropok dan yang paling sakit hati sekali semestinya rambut! Tak puashati betul guna penyapu. Dalam rumah biasanya penyapu itu cuma buat kejar lipas dan lalat je. Nak guna vacuum biasa malas nak tarik wayar, gulung wayar. 

Dalam rumah memang setiap bilik ada karpet di lantai. Sebab memang dari dulu hobi kumpul karpet Ikea. Kebetulan baru tahu Roborock ada keluarkan satu cordless vacuum paling ringan cuma berat 1.4kg dan daya sedutan dia terpaling kuat jika dibandingkan dengan vacuum lain. Akhirnya Roborock H6 yang baru dilancarkan pada awal tahun 2020 ada depan mata. Tak sabar nak unboxing!


ROBOROCK H6 CORDLESS VACUUM


Tangan abang yang dah tak sabar nak unboxing. Memang paling suka bab-bab pemasangan. Barang-barang Ikea pun dia pasangkan. Kalau tak suruh pun, memang dia yang akan offer diri sendiri nak minta pasang


Filter habuk ada kat bahagian bawah. Yang ini filter HEPA ada dibahagian atas


Suka gabungan warna Roborock. Tak terlalu berwarna-warni. Rekaan pun simple.


Ada OLED skrin senang nak pantau bila perlu cas nanti. Ada juga fungsi lock jadi nanti tangan tak perlu asyik tekan bila nak vacuum. Klik fungsi lock tu, dia auto vacuum je selagi kita tak klik unlock/off dia takkan berhenti.


Sebenarnya kalau ada duit lebih dan memang berhajat nak memudahkan kerja rumah hari-hari memang berbaloi melaburkan sikit duit untuk beli cordless vacuum, capai dan terus vacuum tak payah lepas ni nak tarik-tarik wayar cari ruang kosong nak plug in. Menjimatkan masa.



Comments

  1. Kita pun kalau ada bajet lebih ,banyak je gadget untuk rumah kita nak beli,buat masa sekarang kumpul dulu nak beli ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gantung dan lekatkan kat dinding. Sungguh moden penyapu zaman sekarang. Ish

      Delete
  2. wow..hebatnya alat nih, Inshaa Allah ada rezeki boleh beli utk bantuan kemas rumah dgn mudah lg,

    ReplyDelete
  3. setuju, sangat berbaloi beli cordless vacum

    ReplyDelete

Post a comment