Perigi Waqaf Pertubuhan Fitrah Ummah

Semalam dan sebelumnya memang ada banyak benda perlu disiapkan. Lepas terpandang selonggok baju belum berlipat otak terus tak dapat ingat macam-macam benda penting lain. Memang paling malas nak melipat baju sejak budak-budak dalam rumah ni ada 24 jam tak boleh ke sekolah. Emak jadi malas nak melipat dengan tenang. Nak melipat baju selonggok kena tunggu mood rajin. Kalau melipat ketika mood tengah malas memang separuh jalan hasilnya nanti. 

Awal pagi terima Whatsapp perigi wakaf di Kemboja pada 2 bulan lepas dah siap. Daddy wakafkan atas nama anak-anak kebetulan ada kenalan yang uruskan Waqaf Perigi Pertubuhan Fitrah Ummah. 





Inilah perigi yang telah disiap dibina. Cara pembinaannya adalah menggunakan cara tradisional. Dimaklumkan bahawa cara memilih tapak perigi yang mempunyai sumber air bersih adalah dengan melihat ada asap yang keluar diwaktu pagi di tempat kawasan tersebut. Maka mereka akan mengorek kawasan tersebut sedalam 4-5 meter untuk mencari sumber air bawah tanah yang bersih. Galian dibuat dengan cara manual oleh pekerja.


Waqaf Perigi Kemboja ini akan dikongsi oleh 2-3 buah keluarga yang duduk berdekatan dengan perigi tersebut. Perigi inilah yang akan menjadi tempat mereka mendapatkan sumber air bersih untuk tujuan minuman, membasuh pakaian, memasak, mandi dan berwudhu’.




Penempatan mereka belum ada lagi saliran air bersih yang disediakan. Pembinaan perigi ini dibuat di kawasan pedalaman yang mana tenaga elektrik juga tiada. Pada waktu malam, hanya lampu dengan janakuasa solar sahaja bercahaya di depan rumah mereka.

Manakala di sini pula membazir-bazir tenaga elektrik dan juga air paip.

Klik untuk Baca Tips Jimat Air

Klik untuk Baca Tips Jimat Elektrik


Waqaf Perigi dikongsi bersama jiran.

Sejujurnya, mereka sangat-sangat memerlukan sumber air bersih untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Jika tiada perigi maka mereka akan ambil sumber air dari sungai yang berdekatan.

Sekiranya ada yang ingin turut sama berwaqaf perigi di Kemboja maka boleh hubungi Pertubuhan Fitrah Ummah untuk maklumat lanjut.

Comments

  1. Alhamdulillah. Kebaikan dikongsi bersama.. eh nama anak akak yang last tu macam nama akak la hehe. Siap ada neelofa. Ni mak yang minat ke cane? Ehee 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama anak semua husband yang kaji makna, sendiri pilih & sendiri letak nama. Kakak duduk diam-diam tak bagi peluang langsung nak tambah nama lain. Kedekut.

      Delete
  2. Bagusnya projek ni :)

    follow dan link ;)

    ReplyDelete

Post a comment