Aroma tomyam memang menyelerakan. Hirup kuah tomyam panas-panas makan bersama nasi putih memang terangkat! Tak perasan boleh habis semangkuk dan boleh bertambah-tambah nasi.Menyediakan hidangan tomyam tersangatlah mudah dengan wujudnya pelbagai pilihan pes tomyam di pasaran. Langkah terakhir cuma perlu masukkan daun-daun sayuran dan campakkan ayam, daging ataupun seafood pilihan.Tom Yum Paste Maepranom Brand menjadi pilihan kakak. Paste lebih pekat dan kurang berminyak. Sebenarnya kakak guna pes ni bukan setakat buat tomyam, tetapi buat masakan singgang juga!Resepi Masak Singgang Tom Yum Paste Maepranom Brand
- Didihkan 3 cawan air dalam periuk
- Masuk hirisan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai
- Masuk 2 asam keping
- 2 sudu pes tomyam Maepranom
- Masuk sayuran / ayam / daging / ikan / seafood pilihan
- Perasakan. Siap!
Maepranom Brand menjadi pilihan kerana pes yang lebih pekat, lebih halus dan kurang berminyak
TIPS :
Rahsia untuk mendapatkan rasa tomyam yang real sedap dan tak bercelaru rasa ialah ayam / udang / seafood perlu dicelur/rebus dulu sebelum dimasukkan ke dalam tomyam. Rebus seketika diperiuk lain untuk hilangkan rasa strong bahan tersebut sehingga hilang rasa tomyam itu sendiri. Ini merupakan perkongsian daripada berpengalaman seseorang yang pernah bekerja restoran di Bangkok.
wah... nice tips... thanks. Nanti boleh try.
ReplyDeletekita pun guna ni....sedapkan...
ReplyDelete