Penggunaan elektrik berlebihan menyumbang kepada masalah alam sekitar terbesar. Menjimatkan elektrik di rumah bukan sahaja dapat membantu mengurangkan keperluan tenaga seterusnya dapat mengekalkan bahan bakar fosil di Bumi, sekaligus dapat menjimatkan duit.
Sebilangan besar elektrik yang digunakan diseluruh dunia dihasilkan dari bahan bakar fosil ; minyak, gas asli, dan arang batu. Bahan bakar elektrik yang dihasilkan dengan cara ini dijumpai di bawah permukaan tanah dan biasanya memerlukan penggerudian dan perlombongan untuk dikumpulkan. Proses pengekstrakan ini memberi kesan kepada persekitaran seperti kebocoran ke dalam air, letupan pelantar minyak, dan pelbagai pencemaran bahaya lain. Sedihnya, Bumi kita pun dah semakin tua.
Inilah 5 cara yang kita semua boleh diamalkan untuk menjimatkan elektrik di rumah dengan mudah.
1) Tutupkan suis dan cabut plug
Nampak macam remeh je, tetapi banyak orang tak sedar dan tahu bahawa meter elektrik sentiasa bergerak jika membiarkan kesemua plug dalam rumah dalam keadaan on ketika tidak diperlukan. Contohnya, barang elektrik dalam rumah seperti TV, komputer dan permainan video. Semua menggunakan sejumlah kecil elektrik sementara menunggu penggunaan. Tutup suis tu. Membazir tau.

Tampal label custom sticker label pada plug memang memudahkan kerja dan mengelakkan selalu tersilap matikan suis
2) Penuhkan muatan mesin basuh / pengering
Mesin basuh dan pengering mungkin mempercepatkan kerja dan menjimatkan masa, tetapi ia tetap menggunakan banyak elektrik pada setiap penggunaan. Untuk menjimatkan tenaga sebanyak mungkin, kumpulkan cucian bersama (sebagai keluarga atau rakan sebilik) dan lakukan semuanya sekaligus. Ini akan mengurangkan berapa kali mesin basuh digunakan setiap hari/minggu. Ketika cuaca panas rajinkan diri untuk menjemur pakaian di bawah cahaya matahari. Gunakan pengering ketika betul-betul terdesak contohnya ketika musim hujan untuk keringkan baju.
Baca juga artikel : Menjimatkan Penggunaan Air
3) Laraskan penggunaan cahaya
Tutup mentol apabila tidak digunakan. Untuk hasil yang lebih baik menjimatkan elektrik di rumah, gunakan mentol dengan watt yang lebih tinggi, lagi tinggi watt bermakna lebih terang mentol tersebut berbanding dengan watt yang rendah dan kurangkan bilangan mentol di setiap bilik. Sebagai contoh, tutupkan 2-3 mentol 60 watt dengan memasang satu saja mentol 100 watt di dalam bilik. Pada waktu siang tutup semua lampu, buka tingkap atau ikat langsir dan tarik ke sisi untuk dapatkan lebih cahaya.
4) Matikan peti ais sejuk beku / freezer
Dinding bahagian dalam Freezer memang perlu dicairkan sekali-sekala, biasanya sebulan sekali apabila terdapat pengumpulan ais yang berlebihan di dindingnya. Menyebabkan sistemnya bekerja lebih keras dan mengakibatkan penggunaan lebih banyak tenaga. Buka pintu freezer luas-luas untuk cepatkan ais tanggal dari dinding.
5) Servis peralatan elektrik ikut jadual
Peralatan elektrik akan berfungsi dengan lebih berkesan dan menjimatkan elektrik jika dijaga. Contohnya, apabila filter aircond tersumbat, kita mungkin memilih untuk menurunkan suhu lebih rendah untuk rasa lebih sejuk. Dengan menukar dan membersihkan filter (bulanan, seperti yang disarankan), dapat memperoleh udara sejuk yang cukup. Sistem yang sama berlaku untuk mesin cuci pinggan mangkuk, mesin pengering dan peralatan lain termasuklah penapis udara / air purifier tu!
kak ailyllllllll. ya Allah akak buat blog baru ke? haritu saya bukak blog akak pastu keluar benda mengejutkan. huwaaaaa. nanti saya datang lagi sini ye. hahhaa rindunyaaa blog akak macam dulu2
ReplyDeleteHa’ah adik. Domain blog yang lama tu tak aktif, orang lain dah ambil. Patutlah selama ini orang tanya je pasal blog tu. Kakak pun terkejut minggu lepas baru tengok. Hahaha
Deleteeh blog baru buat hujung bulan mei? tapi macam da lama berblog..baca komen atas, ohhh rupanya da ada blog sebelum ni...selamat kembaliii!!
ReplyDeletetips no 1 tu memang selalu buat...pantang kalo orang tak tutup suis ni..haha
Yayy! Terima kasih. Salam perkenalan :)
Deleteinshaa Allah boleh praktikkan after this . Masa pkp haritu boleh pula freezer rosak , pakcik tu cakap sebab jarang off suis
ReplyDelete