Air merupakan keperluan asas kepada semua hidupan di muka Bumi ini. Bukan hanya manusia, haiwan dan tumbuhan juga memerlukan air untuk hidup. Manusia boleh hidup tanpa makanan tetapi tanpa air, manusia dianggarkan cuma boleh hidup kurang dari seminggu.
Ada beberapa cara yang kita boleh praktikkan untuk menjimatkan penggunaan air disamping mengurangkan kos bil air untuk setiap isi rumah difasa pemulihan ekonomi kesan daripada COVID-19 ketika ini. Sebagai pengguna bijak, kita perlu segera bertindak. Bukan saja dapat menjimatkan air, tetapi menjimatkan duit.
1) Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi ataupun bercukur.
2) Gunakan pancuran air / shower semasa mandi dan tutup semula ketika sedang bersabun.
3) Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran dan baiki paip air rosak di rumah pada kadar yang segera.
4) Penuhkan muatan mesin basuh dalam setiap cucian.5) Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.6) Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air menitis.7) Letakkan cistern bag di dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman.8) Gunakan baldi ketika membasuh kereta.9) Siram tanaman pada awal pagi atau lewat petang. Ini akan mengurangkan penyejatan air dari tanah.10) Elakkan menyiram halaman rumah menggunakan pancuran hos.
Semoga kita sama-sama dapat menjimatkan penggunaan air. Sentiasa mengingatkan setiap isi rumah termasuk anak-anak supaya tidak terlalu lama berada di bilik mandi dan tandas bagi mengelakkan penggunaan air yang berlebihan.

Gambar : Amazine.co
Cuti PKP ni, memang berganda bil air dari biasa. moga cepatlah wabak ini berlalu pergi.
ReplyDeleteAnyway, tahniah atas usaha membuat blog dan pengisian info yang berguna seperti post ini. welcome, newbie. Yay! :D
Hehe Thanks btw.
DeleteDuduk rumah kerap basuh pinggan mangkuk hehe