Laptop Lenovo Ringan Berskrin Luas Model Ideapad S340

Mencari laptop untuk memudahkan pelbagai kerja bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika kurang pengetahuan tentangnya. Lambakan laptop yang berada di pasaran tersangatlah banyak. Pening tak tahu nak pilih yang mana satu?

Setahun yang lepas Lenovo melancarkan Ideapad S340 dengan Intel Core i5 10th Gen. Rekabentuk yang sangat ringan, nipis dan nampak moden. Bagi mereka yang selalu pakai Adobe Illustrator & Photoshop tapi nak laptop dengan harga berbaloi di bawah harga 3K ini adalah salah satu pilihan, Lenovo Ideapad S340 masih lagi boleh dipertimbangkan dan dimasukkan ke dalam senarai.


LENOVO IDEAPAD S340

Processor : Intel(R) Core(TM) i5 - 1035G CPU @ 1.00GHz   1.19GHz

Installed memory (RAM) : 4.00 GB

System type : 64- bit Operating System, x64- based processor




Dilengkapi Microsoft Office Home & Student. Buka dan terus aktifkan. Cuma perlu masukkan email untuk pendaftaran ke akaun Microsoft. Jika tiada email, perlu cipta satu email yang baru. 




Dilengkapi NVIDIA untuk paparan grafik yang lebih baik. 10TH GEN processor untuk performance yang ringan dan agak laju dari yang lain. Mempercepat loading bila buka sesuatu




Backlight keyboard yang sangat cantik. Boleh pilih sama ada nak guna atau tak nak guna keyboard berlampu. Cara aktikan atau matikan fungsi pun mudah cuma perlu klik FN Key + Space Bar




Permukaan skrin hampir ke bucu bahagian tepi. Membuatkan paparan permukaan di skrin menjadi luas




Sangat kemas dan sedap mata memandang




Logo Lenovo berada di tepi bahagian kanan


No comments:

Post a Comment